Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Britain akan perkenal tatacara persaingan baru adang dominasi Google dan Facebook

Nov 28, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Britain akan memperkenalkan satu tatacara persaingan baharu tahun depan bagi menghalang Google dan Facebook menggunakan dominasi mereka untuk mengenepikan syarikat kecil dan beri keuntungan kepada pelanggan.



Tatacara ini akan dilaksanakan oleh sebuah unit khusus dalam Penguasa Pasaran dan Persaingan (CMA), yang tahun ini menyatakan, ia memerlukan undang-undang baharu bagi memastikan syarikat teknologi besar dunia tidak terus berleluasa.



Google dan Facebook menguasai pengiklanan digital, membentuk 80 peratus daripada £14 bilion ($25.1 bilion) dibelanjakan dalam 2019, menurut CMA.



Kededua syarikat Amerika itu berkata mereka komited untuk bekerja dengan kerajaan Britain dan pihak penguasa bagi pengiklanan digital, termasuk memberi pengguna kawalan lebih baik terhadap data mereka dan iklan yang mereka lihat.



Setiausaha Digital Britain, Encik Oliver Dowden, berkata terdapat kesepakatan meningkat bahawa tumpuan kuasa yang dinikmati sekumpulan kecil syarikat menggenjotkan pertumbuhan, mengurangkan inovasi dan memberi kesan negatif ke atas orang ramai dan perniagaan yang bergantung kepadanya.



"Sudah tiba masa untuk menangani keadaan ini dan mengemukakan sesuatu yang baharu dalam pertumbuhan teknologi," katanya semalam.



Unit Pasaran Digital yang baru memulakan kerja pada April lalu, boleh diberi kuasa untuk menggantung, mengadang, menimbal balik keputusan yang dibuat firma teknologi dan mengenakan denda kewangan jika gagal mematuhi peraturan.



Syarikat-syarikat perlu lebih telus bagaimana mereka menggunakan data pengguna dan sekatan yang menyukarkan wadah pesaing akan dilarang, kata kerajaan Britain. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >