Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Britain bersiap hadapi cuaca paling panas dalam sejarahnya

Jul 19, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Britain sedang bersiap menghadapi apa yang disifatkan sebagai hari paling panas yang pernah melanda negara itu.



Banyak sekolah di England merancang akan ditutup, hospital membatalkan prosedur yang tidak penting dan rumah-rumah persaraan membuat persiapan untuk memastikan keselamatan penghuni mereka yang mudah terdedah.



Britain telah mengisytiharkan keadaan darurat dan mengeluarkan amaran 'merah' pertamanya bagi haba yang di luar jangkaan, bermakna terdapat potensi risiko kepada kehidupan - memandangkan suhu cuaca boleh mencecah sehingga 41 darjah Celsius bermula semalam dan hari ini.



Itu merupakan suhu paling tinggi yang pernah dicatat di Britain.



Rekod sebelum ini adalah 38.6 darjah Celsius yang dicatatkan pada 2019, menurut Jabatan Meteorologi Britain.



Memburukkan lagi keadaan, kebanyakan bangunan di Britain telah direka untuk mengekalkan haba, memandangkan sebelum ini suhu sejuk merupakan kebimbangan utama.



Selain itu, hanya sebilangan rumah yang mempunyai penghawa dingin, menjadikan orang ramai terdedah apabila suhu meningkat.



"Kami minta orang ramai agar memantau jiran-jiran dan mereka yang mungkin terdedah," kata setiausaha kesihatan Britain, Encik Steve Barclay.



Beliau menambah langkah tambahan telah dibuat terhadap perkhidmatan ambulans, termasuk menambah waktu kerja.



Kerajaan Britain telah mengadakan mesyuarat darurat Sabtu lalu untuk membincangkan tentang persiapan menghadapi haba tersebut, namun Perdana Menteri Boris Johnson yang akan meletak jawatan dilaporkan tidak menghadirinya, dan sebaliknya memilih untuk mengadakan pesta selamat tinggal, menurut laporan media berita setempat.



Perkhidmatan pengangkutan juga terjejas semalam dan hari ini, dengan Transport for London, yang merupakan penguasa pengangkutan bandar itu, menasihati orang ramai supaya melakukan hanya perjalanan penting.



Sekolah belum diarah supaya ditutup, meskipun ada yang akan berbuat demikian, sementara reaksi ibu bapa bercampur.



"Sesetengah tingkap kami tidak dibuka, tiada kipas, tiada penghawa dingin.



"Rasanya seperti berada dalam kotak haba," kata Encik Guy Arnel, 44 tahun.



Beliau tinggal di Ascot, sebuah bandar di barat London.



Anak perempuannya yang berusia 18 tahun akan menghadiri kelas secara dalam talian seperti yang dikehendaki sekolahnya.



Sesetengah ibu bapa pula merancang mengekalkan anak mereka di rumah, meskipun sekiranya sekolah dibuka.



"Kami ingin anak-anak kami kekal di rumah agar dapat dipantau apa yang mereka makan, minum dan keadaan mereka," kata Cik Zoe, 46 tahun.



Beliau mempunyai anak kembar berusia lapan tahun dengan salah seorang daripadanya mengalami autisme serta fungsi ginjal yang terjejas - justeru terdedah kepada haba. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >