Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Britain buka semula kedutaan di Iran

Aug 24, 2015 | 10:55 AM



TEHERAN: Setiausaha Luar Britain, Encik Philip Hammond, secara rasmi membuka semula kedutaan negara itu di Teheran pada Ahad (23 Ogos), empat tahun selepas penunjuk perasaan menyerbu dan memaksa ia ditutup.


Encik Hammond menaikkan bendera Union Jack di taman kediaman abad ke-19 kedutaan itu, langkah bersejarah dalam hubungan semakin baik antara dua negara tersebut.


Kedutaan Iran di London juga dibuka semula pada Ahad.


Pembukaan semula kedutaan langkah utama dalam menamatkan pengasingan Republik Islam itu daripada kuasa Barat.


Lawatan Encik Hammond dilakukan lima minggu selepas Britain dan lima kuasa dunia lain - China, Perancis, Jerman, Russia dan Amerika Syarikat - mencapai perjanjian dengan Iran bagi menamatkan pertikaian 13 tahun berhubung program nuklear Teheran.


Dalam ucapannya Encik Hammond antara lain berkata pembukaan semula kedutaan satu langkah penting kepada hubungan dua hala lebih baik, dan London dan Teheran "juga harus bersedia membincangkan cabaran, termasuk ekstremisme, kestabilan serantau, dan peluasan kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis)". - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >