Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Britain, EU gesa masing-masing beralah dalam rundingan dagang

Dec 22, 2020 | 05:30 AM



LONDON/BRUSSELS: Britain menegaskan kelmarin bahawa Kesatuan Eropah (EU) harus mengubah pendiriannya untuk membuka jalan kepada perjanjian perdagangan pasca-Brexit, sekali gus mengundang respons daripada perunding blok itu yang mempertahankan hak kesatuan itu untuk melindungi kepentingannya.



Rundingan dijangka diteruskan semalam, melepasi tarikh akhir kelmarin yang telah ditetapkan Parlimen Eropah.



Seorang sumber kanan daripada kerajaan Britain juga menyifatkan rundingan itu sebagai "sukar" dengan terdapat "perbezaan ketara" dalam pendirian.



Dengan kurang dua minggu sebelum Britain meninggalkan EU, kedua-dua pihak menggesa satu sama lain supaya mencapai perjanjian dan melindungi perdagangan tahunan daripada tarif dan kuota tetapi sejauh ini, kedua-duanya belum berjaya mencapai persetujuan.



Perbincangan terhambat atas dua isu - hak negara EU memancing di perairan Britain, dan mewujudkan persaingan sama rata yang memberikan peraturan adil kepada kedua-dua pihak.



Menteri Kesihatan Britain Encik Matt Hancock berkata kelmarin bahawa blok tersebut patut melepaskan "tuntutannya yang tidak munasabah".



"Kami ingin perbincangan ini untuk mencapai keputusan yang positif, sudah tentu saya inginkan perjanjian ini, saya rasa semua orang mahukannya," kata Encik Hancock kepada Sky News.



"Namun, EU telah mengajukan beberapa tuntutan yang tidak munasabah… Saya yakin persetujuan ini dapat dicapai tetapi ia jelas memerlukan gerakan daripada pihak EU."



Britain telah meninggalkan EU sejak 31 Januari lalu, dan masih dalam tempoh peralihan dengan keadaannya tidak banyak berubah berbanding sebelumnya. Tempoh peralihan itu akan tamat hujung tahun ini.



Perunding EU Encik Michel Barnier berkata perbincangan bersama rakan sejawatnya Encik David Frost mencapai tahap penting kelmarin.



"Kededua EU dan United Kingdom (UK) mempunyai hak untuk menetapkan undang-undang dan mengawal kawasan perairan mereka sendiri. Dan kita berdua harus dapat bertindak apabila kepentingan kita terjejas."



Selain itu, EU ingin mengenakan halangan perdagangan sekiranya Britain mengubah peraturannya pada masa depan dan menjejas pasaran blok yang mempunyai sebanyak 450 juta pengguna itu.



Dalam pada itu, London mahu menetapkan peraturannya sendiri serta mempunyai hak untuk mengambil tindak balas sekiranya pihak lain mengubah peraturannya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >