Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Britain mahu beberapa syarikat terbit pelan peralihan ekon bersih

Apr 26, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Britain telah mengumumkan satu pasukan bertindak baru untuk mempersiapkan peraturan yang menuntut firma kewangan dan syarikat tersenarai menerbitkan pelan mereka mulai tahun depan bagi peralihan kepada ekonomi sifar bersih menjelang tahun 2050.



Pada November lalu semasa COP26 Sidang Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Menteri Kewangan Britain Rishi Sunak berkata syarikat perlu menerbitkan pelan mulai 2023 dengan sasaran untuk mengurangkan risiko iklim, matlamat sementara mereka antara sekarang dengan 2050 serta langkah untuk memenuhinya.



Ia merupakan sebahagian daripada komitmen Britain untuk menjadikan United Kingdom negara pertama menjadi sifar bersih sejajar dengan pusat kewangan.



Pasukan bertindak akan membangunkan langkah "gigih dan meluas" untuk menangani kelayakan hijau bagi syarikat yang menyokong usaha kehijauan selain menyokong syarikat untuk membangunkan pelan peralihan "yang boleh dilaburkan dan dipertanggungjawabkan", tambah kementerian kewangan lagi dalam satu kenyataan.



"Mengelakkan kesan buruk perubahan iklim akan memerlukan semua perniagaan membangunkan pelan peralihan konsisten dan berwawasan agar kita dapat capai paras karbon rendah di masa hadapan," kata Cik Amanda Blanc, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat insuran, Aviva dan pengerusi bersama Pasukan Bertindak Pelan Peralihan baru.



Ia mempunyai mandat dua tahun untuk membangunkan amalan baik bagi pelan peralihan serta sekitaran untuk ujian atau "sandbox" bagi menguji pelan baru itu.



Sebelum ini, Encik Sunak berkata beliau merancang untuk menjadikan Britain pusat khidmat kewangan sifar bersih pertama dunia, sedang juru kempen sekitaran dengan cepat mengkritik saranan.



Menurutnya, ini bermakna negara itu akan menjadikannya wajib bagi firma untuk menerbitkan pelan yang jelas dan boleh dilaksanakan, sedang United Kingdom menyasarkan untuk mencapai ekonomi sifar bersih menjelang 2050.



Pemerintah juga mahu pelan tersebut dikuatkuasakan menjelang 2023.



Bagaimanapun juru kempen sekitaran mengutuk pelan dengan Greenpeace menyatakan ia membenarkan institusi kewangan "peluang untuk meneruskan perniagaan seperti biasa".



Jurucakap kumpulan kempen hijau, 350.0rg, Tommy Vickerstaff berkata United Kingdom mempunyai tanggungjawab untuk menghentikan bank daripada mengaup untung daripada kemusnahan dan menyalurkan wang sebaliknya kepada huraian sebenar.



Pengeluaran karbon sektor kewangan United Kingdom telah melebihi pengeluaran tahunan bersih kebanyakan negara pada 2019 akibat pelaburan seluruh dunia, menurut satu kajian kumpulan sekitaran, termasuk Greenpeace pada Mei lalu. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >