Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Britain pertama di dunia luluskan vaksin AstraZeneca/Oxford

Jan 01, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Britain kelmarin menjadi negara pertama meluluskan vaksin koronavirus yang dibangunkan oleh Universiti Oxford dan AstraZeneca, dengan harapan vaksin itu dapat membantunya mengatasi kes jangkitan melonjak dek jenis baru Covid-19 yang dilaporkan lebih berjangkit.



Kerajaan Perdana Menteri Boris Johnson, yang telah menempah 100 juta dos, sebelum ini telah meluluskan vaksin oleh Pfizer dan BioNTech dari Jerman, dan memberi ratusan ribu suntikan vaksin itu beberapa minggu sebelum negara-negara Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.



Walaupun lebih murah dan lebih mudah diagihkan berbanding vaksin saingan, suntikan AstraZeneca/Oxford telah menimbulkan pertanyaan mengenai dos yang paling berkesan sejak data yang diterbitkan bulan lalu menunjukkan beberapa hasil yang mengejutkan.



Sedang pengawal selia lain mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati, Agensi Kawalan Produk Ubat-Ubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) Britain berkata ia telah mengatasi keraguan awalnya dan mendapati kadar kejayaan 80 peratus bagi pemberian dua dos penuh, dengan jarak tiga bulan.



Kerajaan itu merancang memberi dos pertama kepada sebilangan besar orang yang paling berisiko dijangkiti Covid-19 sebelum memberi dos tambahan.



Sebuah badan penasihat mengesyorkan melakukan hal yang sama dengan suntikan Pfizer, walaupun Pfizer berkata vaksinnya belum diuji pada jadual dos yang berbeza.



Salah seorang pakar kesihatan awam terkemuka di Britain, Encik Jeremy Farrar, berkata kelulusan suntikan AstraZeneca/Oxford wajar diraikan, tetapi mengggesa agar pemantauan terus dilakukan.



Beliau turut mengesyorkan pembangun vaksin supaya melakukan ujian secara rambang untuk mengkaji waktu bagi dos kedua.



Ahli virologi di Francis Crick Institute, Encik Jonathan Stoye, bersetuju bahawa masih ada persoalan mengenai keberkesanan sebenar vaksin, termasuk sejauh mana ia berkesan bagi warga emas, dan data mengenai jarak masa antara dua dos.



"Memandangkan jumlah kes yang semakin meningkat, kelulusan (vaksin AstroZeneca/Okford) ini ialah berita amat baik.



"Namun, berita yang dilaporkan itu masih mempunyai sejumlah pertanyaan penting yang belum terjawab, terutama mengenai jangka panjang," katanya.



Britain mempunyai lebih 70,000 kematian daripada Covid-19. Selasa lalu, ia mencatat rekod 53,135 jangkitan baru dalam satu hari.



Sementara itu, negara dengan prasarana jagaan kesihatan menanti-nantikan vaksin seperti AstraZeneca/Oxford yang boleh disimpan dan dihantar di bawah keadaan sejuk normal, berbanding suhu -70 darjah Celsius seperti Pfizer. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >