Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Britain pertimbang pasport vaksinasi benarkan perjalanan antarabangsa

Jun 17, 2021 | 07:17 PM

LONDON: Britain sedang mempertimbang untuk melonggarkan sekatan perjalanan termasuk membenarkan mereka yang sudah mendapatkan vaksin Covid-19 untuk bercuti tanpa peraturan dan rintangan yang melampau.

Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) minggu lalu menyetujui pelonggaran sekatan perjalanan pada musim panas yang akan membolehkan pelancong yang diberi vaksin sepenuhnya mengelak dari ujian atau kuarantin, serta memperluas senarai wilayah EU yang dianggap selamat.

Britain, di mana lebih separuh orang dewasa sudah menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19 mereka, sedang mempertimbangkan rancangan serupa, lapor Daily Telegraph.

Setiausaha Kewangan Perbendaharaan Jesse Norman berkata tidak ada yang ditolak tepi dalam mempertimbangkan bagaimana untuk membuka semula perjalanan, tetapi mereka akan berhati-hati dalam memperkenalkan rancangan pasport vaksinasi itu.

Encik Norman menambah adalah penting juga untuk mempertimbangkan isu-isu keadilan bagi mereka yang masih belum mendapat vaksinasi atau tidak boleh mendapatkannya.

Di bawah rancangan itu, individu yang sudah menerima dua dos vaksin akan dibenarkan mengelak kuarantin apabila pulang dari negara-negara tersenarai, namun mereka masih akan diuji bagi Covid-19.

Britain membenarkan perjalanan antarabangsa diteruskan bulan lalu tetapi hampir semua destinasi utama tidak ada dalam senarai negara yang membolehkan pengelakan kuarantin. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3