KEBOCORAN MAKLUMAT ELAK CUKAI 'PANAMA PAPERS'
Britain rancang dakwa firma yang gagal halang pekerja elak bayar cukai
LONDON: Perdana Menteri Britain David Cameron dijangka mengumumkan rancangan memastikan bahawa syarikat dipertanggungjawabkan sekiranya pekerja terlibat dengan kegiatan mengelak cukai.
Ini selepas ribuan berarak ke Downing Street mendesak Encik Cameron meletak jawatan selepas pendedahan isu cukai melibatkan Perdana Menteri Britain itu.