Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SENGKETA RUSSIA-UKRAINE

Britain sedia hulur 'tentera, senjata dan kapal perang' kepada Nato

Jan 31, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Britain bersedia menawarkan kepada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) penempatan "utama" bagi tentera, senjata, kapal perang dan jet di Eropah, Perdana Menteri Encik Boris Johnson mengumumkan kelmarin sebagai tindak balas kepada peningkatan "permusuhan Russia" terhadap Ukraine.



Tawaran itu, yang akan dibuat kepada ketua tentera Nato minggu depan, boleh menyaksikan London menggandakan kira-kira 1,150 tentera British yang kini berada di negara-negara Eropah Timur di samping menghantar "senjata pertahanan" ke Estonia, kata pejabatnya.



"Pakej ini akan menghantar mesej yang jelas kepada Kremlin... kami tidak akan bertolak ansur dengan aktiviti mereka yang tidak stabil, dan kami akan sentiasa berdiri bersama sekutu Nato kami dalam menghadapi permusuhan Russia," kata Encik Johnson dalam satu kenyataan lewat Sabtu.



Ini diumumkan selepas Kyiv menggesa Barat untuk terus "berwaspada dan tegas" dalam perbincangannya dengan Russia, berikutan Presiden Amerika Syarikat (AS) Encik Joe Biden mengumumkan penempatan tentera kecil di wilayah timur Eropah berikutan kebimbangan meningkat pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.



Ketika pegawai tinggi pertahanan AS menggesa usaha diplomatik diteruskan bagi mengelak konflik 'dahsyat', pemimpin Barat mahu tindakan segera diambil bagi meredakan krisis dengan menghubungi Presiden Russia, Encik Vladimir Putin.



Dalam masa yang sama, Barat terus mengekalkan tekanan dengan berikrar melaksanakan sekatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini sekiranya Russia mencerobohi Kyiv.



Ketika Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, menggesa rakan-rakan Baratnya untuk mengelak daripada mencetuskan 'panik' berhubung pengumpulan besar-besaran tentera Russia, Encik Putin dan Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, bersetuju mengenai keperluan untuk meredakan konflik.



Menurut seorang pembantu Encik Macron, Encik Putin dipetik sebagai berkata bahawa beliau 'tidak mempunyai rancangan untuk menyinggung perasaan' mana-mana pihak.



Di Washington, Encik Biden berkata beliau akan menghantar sebilangan kecil tentera AS tidak lama lagi untuk meningkatkan kehadiran Nato di Eropah Timur sedang ketegangan terus meningkat.



Semalam, Perancis menyatakan mereka merancang menghantar ratusan tentera ke sekutunya dalam Nato, Romania, sebagai sebahagian daripada penempatan yang pertama kali dijanjikan Encik Macron awal bulan ini.



Encik Johnson dijangka bercakap dengan Encik Putin sebelum ke rantau itu minggu depan, menambah 'perpaduan' suara pemimpin Barat bagi menggesa Kremlin untuk berundur. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >