Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Britain timbang tarik balik sekatan jika Russia undur tentera

Kremlin juga mesti setuju bagi 'tiada pencerobohan lanjut': Setiausaha Luar Britain
Mar 28, 2022 | 05:30 AM

LONDON: Setiausaha Luar Britain, Cik Liz Truss, berkata sekatan Britain terhadap Russia berkaitan pencerobohan negara itu ke atas negara jirannya Ukraine boleh ditarik balik jika Moscow komited pada gencatan senjata sepenuhnya dan mengundurkan tenteranya.

Dalam satu wawancara akhbar, Cik Truss berkata Kremlin juga mesti bersetuju bagi "tiada pencerobohan lanjut" terhadap Ukraine.

Dalam satu kerjasama dengan sekutu Barat lain, Britain telah mengenakan sekatan ke atas lebih 1,000 individu dan perniagaan Russia dan Belarus dalam beberapa minggu lalu, dengan pusingan sasaran terbaru diumumkan hanya beberapa hari lalu.

"Sekatan hanya harus ditarik balik sejajar dengan gencatan senjata penuh dan pengunduran tentera, dan juga komitmen bahawa tidak akan ada lagi pencerobohan," kata Cik Truss kepada Sunday Telegraph.

"Dan juga, ada pilihan untuk mengenakan semula sekatan jika terdapat pencerobohan selanjutnya pada masa hadapan."

Diplomat tertinggi Britain itu menyatakan Russia telah menandatangani beberapa perjanjian yang mereka gagal patuhi kemudiannya, "jadi perlu ada alat pendesak kuat" untuk menanganinya.

"Sudah tentu, sekatan adalah satu pendesak yang kuat. Ia adalah pendesak sebenar yang saya fikir boleh digunakan," tambah beliau.

Ulasan Cik Truss itu mengulangi kenyataan baru-baru ini oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, bahawa penalti yang meluas terhadap Russia "tidak dibuat untuk kekal" dan boleh "dihapuskan" jika Moscow mengubah tingkah lakunya.

Namun perkara itu berlaku sedang ketegangan diplomatik dengan Kremlin semakin meningkat sepanjang perang selama sebulan di Ukraine.

Pada Sabtu lalu, Presiden Amerika, Encik Joe Biden, menggelar pemimpin Russia, Encik Vladimir Putin, "seorang penyembelih" yang "tidak boleh kekal berkuasa".

Dalam wawancaranya itu, Cik Truss juga mendedahkan beliau telah menubuhkan unit rundingan pakar dengan kementerian luarnya untuk membantu Ukraine dalam rundingan damai dengan Russia.

Namun beliau mengingatkan bahawa ini hanya berguna "apabila pihak Russia serius dalam rundingan".

"Saya tidak percaya mereka serius pada masa ini dan itulah sebabnya saya berkata kita perlu bersikap lebih tegas untuk mendapatkan keamanan," tambah Cik Truss.

Beliau menambah, pada masa ini, Britain dan sekutu lain perlu "menggandakan usaha sekatan" dan "menggandakan usaha senjata yang kami hantar ke Ukraine". - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3