MANCHESTER: Britain menurunkan tahap ancaman pengganas yang dinaikkan selepas serangan di Manchester minggu lalu sedang polis menyiarkan rakaman kamera litar tertutup mengenai pengebom nekad, Salman Abedi, pada malam serangan itu dilancarkan.
Langkah menurunkan tahap ancaman daripada kritikal kepada teruk diumumkan Perdana Menteri, Cik Theresa May, yang berkata 11 suspek yang disyaki terlibat dalam pengeboman malam Isnin lalu, yang menyasarkan peminat sebuah konsert pop penyanyi Ariana Grande kini ditahan.