Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Britain umum pelaburan ketenteraan terbesar sejak Perang Dingin berakhir

Nov 20, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Britain mengumumkan pelaburan terbesar untuk keperluan ketenteraan sejak berakhirnya Perang Dingin, meskipun krisis koronavirus meranapkan ekonomi, sedang kerajaan berusaha menjelaskan peranannya di pentas dunia dalam era pasca-Brexit.



Perdana Menteri, Encik Boris Johnson, mahu mengukir satu peranan untuk Britain sebagai pemimpin ranggi dalam era baru yang menawarkan kerjasama jagat dan perdagangan bebas, yang disokong oleh tentera moden yang canggih dan keupayaan siber.



Dalam ucapannya di parlimen semalam, semasa memuktamadkan penilaian terbesar ke atas dasar ehwal luar dan pertahanan negara itu dalam tempoh tiga dekad, Encik Johnson mengumumkan penambahan sebanyak £16.5 bilion ($29 bilion) untuk perbelanjaan tentera bagi empat tahun mendatang.



Belanjawan pertahanan kini tidak melebihi £42 bilion setahun.



"Saya mengambil keputusan ini meskipun berdepan kesukaran disebabkan pandemik yang berlaku tetapi ehwal pertahanan mesti dikedepankan," kata Encik Johnson dalam satu kenyataan.



"Keadaan antarabangsa semakin rapuh dan pertentangannya lebih tegang berbanding semasa Perang Dingin dan Britain mesti berpegang kepada sejarahnya dan berdiri bersama-sama sekutunya. Untuk mencapainya, kita perlu mempertingkat keupayaan kita dalam semua segi."



Di masa keadaan dunia kini semakin tidak menentu, kebangkitan China dan selepas empat tahun pendekatan bukan tradisional Presiden Donald Trump terhadap diplomasi antarabangsa, undian 2016 Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah telah menjejas peranannya sendiri dan pengaruhnya di mata dunia.



Kerajaan Britain, katanya, akan meningkatkan belanjawan ketenteraan yang akan memperkukuh kedudukan Britain sebagai pengeluar belanja terbesar di Eropah, kedua terbesar dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), selain membenarkan pelaburan lebih tinggi dalam bidang seperti ruang siber dan penerokaan angkasa.



Pemangku Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Christopher Miller, menyambut baik peningkatan belanjawan itu.



"Britain adalah sekutu kami yang paling teguh dan berkeupayaan, dan peningkatan belanjawan ini adalah tanda komitmen mereka terhadap Nato dan keselamatan yang kita kongsi bersama," kata Encik Miller dalam satu kenyataan.



Encik Johnson juga mengumumkan satu agensi baru dibentuk bagi keperluan kecerdasan buatan, dengan mewujudkan Angkatan Siber Nasional dan sebuah "Pusat Pemerintah Angkasa" , yang berupaya melancarkan roket pertama Britain pada 2022.



Penilaian penuh pertahanan dan semakan keselamatan - satu kajian terhadap ancaman dan keupayaan - akan diumumkan tahun depan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >