Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19: JANGKITAN VARIAN OMICRON

Brunei gugurkan sementara semua negara, termasuk SG, dari Laluan Hijau Perjalanan

Dec 31, 2021 | 05:30 AM



BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei kelmarin mengumumkan langkah menggantung buat sementara waktu semua negara, termasuk Singapura, daripada senarai Laluan Hijau Perjalanan, yang diperkenalkan sebelum ini, lapor akhbar negara itu, Media Permata.



Oleh itu, tidak ada negara yang diletak di bawah senarai hijau itu mulai 1 Januari 2022.



Tindakan menggugurkan negara-negara itu buat sementara waktu daripada senarai tersebut mengambil kira keadaan Covid-19 semasa, khususnya peningkatan kes di beberapa negara dan ancaman varian Omicron, ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew Abdullah.



Langkah terbaru itu diumum dalam satu sidang media mengenai situasi terkini jangkitan Covid-19, di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, kelmarin.



Brunei meletak empat negara dalam senarai hijau itu, iaitu United Kingdom, Singapura, Australia dan China.



United Kingdom dikeluarkan daripada senarai tersebut pada 23 Disember, manakala tiga negara selebihnya dikeluarkan kelmarin.



Datan kenyataannya, Dato Dr Haji Mohd Amin merujuk kepada satu kenyataan media JPM pada 22 Disember di mana Jawatankuasa Pemandu Covid-19 memaklumkan mengenai sekatan tambahan pada garis panduan bagi perjalanan keluar dan masuk negara itu semasa Fasa Awal Endemik.



Beliau juga menjelaskan bahawa sebelum membuat perjalanan masuk ke Brunei, setiap individu dikehendaki menjalani ujian Covid-19 RT-PCR dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas dari negara asal, tanpa memerlukan ujian pantas antigen (ART).



Setiap individu juga dikehendaki menjalani pengasingan diri mandatori di hotel yang dibenarkan sahaja.



Setiap perjalanan masuk dikehendaki menjalani ujian ART sebaik sahaja tiba di negara ini dan juga menjalani ujian RT-PCR pada hari kelima selepas tiba, di Kompleks Sukan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).



Dato Dr Haji Mohd Amin juga menyatakan perjalanan keluar negara mustahak dibenarkan bagi rakyat dan Penduduk Tetap (PR) Brunei yang telah menerima dua dos vaksinasi Covid-19 dalam tempoh 14 hari hingga tiga bulan, dan bukan lagi enam bulan, sebelum berlepas, atau yang telah menerima dos penggalak.



Rakyat dan penduduk Brunei yang berhasrat membuat perjalanan keluar negara atas urusan mustahak dikehendaki mendapatkan kebenaran Perjalanan Ke Luar Negara.



Brunei melaporkan empat kes baru Covid-19 kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhannya 15,465 kes. Ia terdiri daripada tiga jangkitan tempatan dan satu kes import.



Sebanyak 100 kes aktif masih dirawat dan dipantau di Brunei dan 100 pesakit telah meninggal dunia di negara ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >