Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bubar Parlimen: PM M'sia tertekan antara protokol dengan desakan parti

Jun 13, 2022 | 05:30 AM



DI BAWAH Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikuti nasihat Perdana Menteri tetapi pada masa yang sama di bawah Perkara 40(2)(b) dinyatakan bahawa Baginda boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsinya untuk tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.



Undang-undang Malaysia itu dengan jelas menyatakan Yang di-Pertuan Agong ada kuasa budi bicara untuk memutuskan sama ada bersetuju Parlimen dibubarkan atau tidak, dan soal kedudukan perundangan ini sudah tentu diketahui semua pihak berkepentingan.



Agong boleh menolak nasihat Perdana Menteri yang kini hadapi desakan demi desakan daripada pemimpin partinya untuk pembubaran Parlimen dengan pelbagai alasan yang dikira demi kepentingan rakyat dan negara untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 semasa ini.



Kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan pernah digunakan oleh Baginda apabila tidak perkenan nasihat Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya negara diisytiharkan darurat pada Oktober 2020 atas alasan pandemik Covid-19.



Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mewakili Umno dan Barisan Nasional (BN) dari beberapa sudut masih ada kuasa politik untuk terus meyakinkan Yang di-Pertuan Agong sudah sampai masanya PRU15 diadakan secepat mungkin.



Isu pembubaran Parlimen ini hangat dibincangkan oleh pemimpin Umno dan BN terutamanya, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak, yang kededuanya sedang menghadapi puluhan kes mahkamah yang belum ada penyelesaiannya menyebabkan mereka mengejar masa untuk terus boleh bertanding pada PRU15 nanti.



Bagi Datuk Seri Najib sudah dihukum penjara 12 tahun atas kesalahan pecah amanah dana SRC International, dan kini menunggu rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan pada Ogos ini sekali gus mahu membersihkan diri sebelum PRU15 nanti bagi membolehkan beliau mempertahankan kerusi Parlimen Pekan yang dipegang semasa ini.



Kededua yang mendapat sokongan kuat dari anggota Umno menggunakan Perhimpunan Agung Umno pada awal tahun ini untuk mendesak Datuk Seri Ismail Sabri yang juga naib presiden parti tersebut untuk mempercepatkan PRU15 kerana bagi mereka kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebagai tanda rakyat sudah kembali kepada perjuangan mereka dan ini juga masa terbaik disebabkan parti-parti pembangkang bercakaran sesama mereka.



Persoalannya sekarang, adakah Presiden Umno, Majlis Kerja Tertinggi, Perhimpunan Agung Umno atau BN mempunyai kuasa untuk mendesak naib presiden parti itu memanggil PRU15? Jawapannya sesekali tidak kerana Umno bukan lagi parti dominan dalam pemerintah meskipun perdana menteri datang dari Umno.



Zaman perdana menteri atau Umno menentukan pilihan raya sudah menjadi sejarah sejak kekalahan BN pada PRU14 2018 lepas.



Kini, pemerintah Persekutuan adalah sebuah pemerintah campuran Perikatan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Anggota Parlimen (AP) Bebas yang dianggarkan jumlahnya melebihi 70 orang selain sekitar 40 AP Umno dan BN.



Sekiranya Datuk Seri Ismail Sabri mempunyai perancangan PRU15 dalam waktu terdekat beliau perlu mendapat mandat daripada kabinetnya, dan dengan mandat yang diberikan beliau boleh mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk menasihatkan Baginda tentang keperluan dibubar Parlimen dan diadakan PRU15 dengan seberapa segera.



Dalam hal ini, Umno dan pemimpinnya tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan seorang perdana menteri mengikuti telunjuk parti kerana urusan seorang perdana menteri berbeza dengan jawatannya dalam parti.



Malah rakan parti dalam pemerintah campuran tersebut terutama PN sudah mengingatkan kepada perdana menteri supaya berunding dulu dengan pihaknya sebelum seberang keputusan dibuat mengenai tarikh PRU15.



Begitu juga perdana menteri perlu menghormati Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan Pakatan Harapan pada 13 September 2021 bahawa Parlimen Malaysia ke-14 tidak akan dibubarkan sebelum 31 Julai 2022.



Tangan perdana menteri terikat dengan MOU yang banyak membantunya menstabilkan politik negara sejak pelantikan beliau pada Ogos 2021, malah Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Dirajanya dalam Majlis pembukaan Parlimen pada 28 Februari 2022 lepas telah memuji MOU tersebut kerana telah membawa kestabilan politik negara.



Adakah Datuk Ismail Sabri sanggup memungkiri janjinya hanya kerana untuk memenuhi kerangkusan segelintir pemimpin Umno yang secara peribadinya amat terdesak sekali?



Atau perdana menteri mengambil jalan bijak dengan menghabiskan penggal pemerintahan sehingga Mei 2023, yang pasti beliau akan terus menjadi perdana menteri yang mendapat sokongan parti pemerintah dan juga pembangkang.



Pada masa yang sama dalam tempoh sehingga Mei 2023, nasib Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid akan ditentukan oleh mahkamah sama ada mereka bergelar banduan atau rakyat yang bebas.




"Persoalannya sekarang, adakah Presiden Umno, Majlis Kerja Tertinggi, Perhimpunan Agung Umno atau BN mempunyai kuasa untuk mendesak naib presiden parti itu memanggil PRU15?



Jawapannya sesekali tidak kerana Umno bukan lagi parti dominan dalam pemerintah meskipun perdana menteri datang dari Umno.



Zaman perdana menteri atau Umno menentukan pilihan raya sudah menjadi sejarah sejak kekalahan BN pada PRU14 2018 lepas.''
- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >