Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Budak 11 tahun tembak mati jiran 8 tahun gara-gara anjing

Oct 06, 2015 | 11:53 AM



CHICAGO: Satu pergaduhan budak-budak mengenai seekor anak anjing membawa kepada seorang budak lelaki berusia 11 tahun menembak mati jirannya berusia lapan tahun di Tennessee, Amerika Syarikat, menurut ibu mangsa kanak-kanak perempuan itu.


Cik Latasha Dyer berkata anaknya, McKayla, sedang bermain di luar rumah pada Sabtu lalu apabila budak lelaki itu ingin melihat anjingnya.


McKayla tidak membenarkannya, dan tidak lama kemudian dia ditembak di dada, menurut Cik Dyer dalam satu pos video di laman portal berita WATE 6 pada Ahad (4 Okt).


Sheriff Bud McCoig di Jefferson County berkata budak lelaki itu telah dikenakan tuduhan bunuh, dan diarahkan hakim agar ditahan di sebuah pusat tahanan juvenil hingga perbicaraannya pada 28 Oktober.


Budak itu berada di dalam rumahnya apabila dia menembak McKayla menggunakan senapang patah bapanya yang dimiliki secara sah. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >