Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Budak 2 tahun maut digilis lepas jatuh dari kereta ayah di Johor

Nov 21, 2016 | 09:13 AM



JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas terjatuh keluar dari kereta keluarganya dan dilanggar sebuah kenderaan lain di belakang.

Jayden Goh Hao Zheng meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital selepas kejadian pada 8.20 malam di Jalan Lebuh Cemerlang pada Sabtu (19 Nov) itu, lapor akhbar The Star pada Ahad.

Kanak-kanak itu cedera parah di bahagian kepala. Bapa Jayden dikatakan memandu kereta itu sementara ibunya duduk di depan semasa kejadian, lapor akhbar New Straits Times.

Menurut harian bahasa Cina Guang Ming Daily, dua kakak Jayden di tempat duduk belakang bersamanya. Mereka tidak cedera.

Keluarga lima beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah apabila tragedi tersebut melanda.

Jayden duduk di sebelah kiri, menurut Guang Ming Daily.

"Kejadian itu berlaku ketika mangsa, yang duduk di tempat duduk penumpang belakang, jatuh keluar dari kenderaan selepas pintu penumpang terbuka sedang kereta itu membuat satu pusingan U," lapor akhbar The Star, yang memetik Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Polis Jokhiri Abd Aziz.

Kanak-kanak itu jatuh di jalan raya dan dilanggar oleh sebuah kereta lain di belakang kereta keluarga itu.

"Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke sana," kata Supt Jokhiri dalam satu kenyataan.

Bapa saudara Jayden memberitahu Guang Ming Daily ibu kanak-kanak itu tidak dapat keluar dari kereta dengan segera untuk mengangkat anaknya dari jalan raya.

Beliau menambah bahawa ibu Jayden menyalahkan dirinya kerana tidak duduk di belakang bersama anaknya.

Dipercayai bahawa kunci keselamatan kanak-kanak kereta itu tidak dikunci semasa kejadian.

Jayden seorang kanak-kanak aktif dan comel, kata bapa saudaranya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >