WELLINGTON: Seorang kanak-kanak perempuan Jepun berusia tujuh tahun kini dalam keadaan kritikal di New Zealand selepas empat anjing besar membahamnya dalam satu serangan "ngeri", menurut pegawai semalam.
Budak itu sedang bermain di halaman rumah di Murupara, North Island petang kelmarin, apabila empat anjing jenis mastif yang dimiliki pemilik hartanah itu menyerangnya, menurut polis.