Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:40
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Dunia0

Budak lelaki 'ganggu' operasi kereta api laju Jepun

Jan 21, 2018 | 04:17 PM

OSAKA: Seorang budak lelaki dikesan berjalan sepanjang landasan kereta api laluan Sanyo shinkansen di barat Jepun Sabtu lalu.

Tindakan kanak-kanak sekolah rendah itu mengakibatkan perkhidmatan kereta api laju itu tergendala.

West Japan Railway Co berkata, pekerja stesen kereta api laju itu ternampak kelibat seseorang memasuki kawasan landasan di Stesen Okayama kira-kira pukul 4.40 petang.

Bagaimanapun, kira-kira 70 minit kemudian, budak lelaki yang telah berjalan sejauh empat kilometer itu telah dibawa ke tempat selamat.

Susulan kejadian itu, JR West telah menangguhkan operasi perkhidmatan kereta api lanjut antara Shin-Osaka dan Higashi-Hiroshima hingga mengakibatkan kelewatan sehingga 90 minit.-JapanToday
 

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map