Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

Budak M’sia 5 tahun maut tertusuk serpihan alat pengasah ayah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Budak M’sia 5 tahun maut tertusuk serpihan alat pengasah ayah

Oct 29, 2017 | 04:09 PM

ALOR SETAR (Kedah):   Seorang budak  berusia lima tahun meninggal dunia akibat tertusuk serpihan alat  pengasah putar yang pecah di Kampung Tanjong Besar, Mukim Kubang Rotan di sini pada kira-kira  5.30 petang   Jumaat lalu (27 Okt).

Difahamkan bahawa ayah kanak-kanak itu sedang   mengasah bilah pemotong rumputnya apabila alat pengasah itu   pecah dan serpihannya berterbangan.

Mangsa, Nur Aliya Syifa Murad, tertikam  di dada kiri oleh serpihan itu.

Dia   dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, tetapi meninggal  dunia.

Ayahnyaa,  seorang mekanik   yang   dikenali hanya sebagai Murad, 40-an tahun, berkata   anak perempuannya itu  berada di dalam rumah ketika beliau  mula mengasah bilah  pemotong rumput itu.

“Saya tidak tahu bila dia keluar  rumah,” kata beliau, yang kesedihan.

“Sekeping serpihan terkena  kereta saya sebelum terpelanting terkena  Nur Aliya,” katanya, yang    mempunyai dua lagi anak lelaki berusia 12 dan 18 tahun.  – The Star/Asia News Network

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3