Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Budak Maghribi, Rayan Awram, yang terperangkap lima hari dalam telaga meninggal sebelum diselamatkan

Feb 06, 2022 | 12:55 PM



RABAT: Seorang budak kecil yang terperangkap dalam telaga di utara Maghribi untuk lima hari meninggal dunia sebelum pasukan penyelamat mampu menghampirinya dan menarik keluar tubuhnya sekitar lewat Sabtu malam (5 Februari), jelas dua pegawai kerajaan.



Klip video yang dimuatnaikkan ke media sosial menunjukkan senario selepas tubuhnya ditemui dengan ratusan pekerja penyelamat dan orang ramai yang bersedih di lokasi menghimpun doa buatnya sambil memancar lampu suluh daripada telefon bimbit mereka.



Rayan Awram, lima tahun, terjatuh ke dalam telaga di kampung Ighran di kawasan bukit-bukau berhampiran Chefchaouen pada Selasa lantas mencetus usaha menyelamat besar-besaran yang mendapat perhatian serata dunia.



Pasukan penyelamat akhirnya menghampiri lokasi di mana Rayan berada pada lewat Sabtu malam selepas menggali sebanyak mungkin kawasan bukit berhampiran dan membuat terowong sebagai laluan memasuki telaga dalam itu. 



Raja Mohammed mengirim ucap takziah kepada ibu bapa Rayan, jelas satu kenyataan media.



Telaga itu hanya seluas 45cm di bahagian atas dan mengecil sebelum masuk ke dalam setinggi 32 meter, ruang di mana Rayan terperangkap, lantas payah bagi pasukan penyelamat untuk turun langsung untuk menyelamatkannya.



Seorang saudara lelaki budak itu pada Jumaat berkata keluarga Rayan menyedari dia hilang apabila mereka terdengar suara budak menangis dan memancarkan cahaya dan kamera pada telefon bimbit untuk mencarinya di telaga itu.



"Rayan minta diangkat keluar dari telaga itu...dia menangis tersedu-sedan," jelas saudaranya itu.



Kawasan berbukit sekitar Chefchaouen itu sangat dingin pada musim sejuk dengan pasukan penyelamat berusaha memastikan Rayan dapat terus hidup dengan menurunkan makanan, air dan oksigen menerusi tiub buatnya.



Pasukan penyelamat bekerja sepanjang masa sambil mewujudkan salur yang besar menembusi kawasan bukit itu dan membina terowong ke arah Rayan dengan risiko usaha itu boleh menyebabkan tanah runtuh.



Pada saat-saat akhir usaha menyelamat itu, pekerja penyelamat perlu menjalankan tugas dengan berhati-hati sedang mereka cuba menggali tanah dan batu-batan di mana Rayan terbaring.



Mereka akhirnya dapat menembusi kawasan telaga dan mengangkat tubuh Rayan untuk dibawa ke ambulans yang menanti.



Orang ramai berhimpun di situ sambil berkabung di lokasi untuk melihat kerja menyelamat dijalankan sedang ratusan pekerja berusaha gigih untuk menyelamatkan Rayan.



Di merata Maghribi, orang ramai mengikuti saga ini di televisyen.



"Saya sangat sedih mendapat tahu berita Rayan meninggal dunia. Salam takziah buat ibu bapanya," kata Encik Abderrahim Sabihi, penduduk kota Rabat yang mengikuti perkembangan misi menyelamat itu dari sebuah kafe.



Usahawan selebriti Malaysia, Neelofa, yang baru melahirkan bayi lelaki beberapa hari lalu, turut memuatnaikkan ciapan Twitter yang berbunyi: "Hati saya hancur luluh buat Rayan. Rayan, anda berjuang selama lima hari dengan kekuatan luar biasa  tetapi Allah swt menyayangi anda lebih lagi.



"Moga anda diberi tempat tertinggi di Jannatul Firdaus dan keluarga anda pula diberi kekuatan dan kesabaran. Al-Fatihah." - Reuters



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >