Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Budak mati lemas dalam parit di Johor lepas datuk terlupa mengenainya

Sep 09, 2016 | 12:52 PM



BATU PAHAT: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang ikut datuknya pergi mengambil rambutan berhampiran rumah mereka mati lemas dalam parit selepas orang tua itu terlupa mengenainya.



Datuk berusia 67 tahun itu membawa cucunya, Adam Amin Jefri, ke pokok rambutan kira-kira 60 meter dari rumahnya di Kampung Parit Mustafa, Parit Sulong, itu pada kira-kira 12.30 tengah hari Rabu (7 Sep).



Selepas mengutip buah itu, beliau terlupa tentang cucunya dan pulang ke rumah untuk tidur sebentar.



Mayat kanak-kanak tersebut ditemui terapung-apung di sebuah parit sedalam satu meter oleh seorang penduduk kampung pada 3 petang.



Seorang saudara, yang enggan namaya disiar, berkata seluruh keluarga itu, termasuk ibu bapa Allahyarham, masih berduka di atas kematiannya.



"Saya masih ingat melihat Adam gembira bermain dekat datuknya di pokok itu dari dalam rumah saya. Jadi, saya sangat terkejut apabila mendapat tahu beberapa jam kemudian tentang kemalangan sedih itu.



"Mungkin sudah takdir dan kita harus terima hakikat bahawa kita tidak boleh menyalahkan sesiapa bagi kejadian itu. Tetapi kami tetap berasa sedih," katanya pada Khamis.



Menurut beliau, Allahyarham tinggal bersama datuknya sejak dilahirkan sementara ibu bapanya bekerja dan tinggal di Shah Alam bersama seorang adiknya.



Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Abdul Wahib Musa, berkata Allahyarham disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Parit Sulong setelah dikejarkan ke sana selepas ditemui.



Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >