Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:13
Isyak
8:22
Dunia

Budak M'sia 3 tahun jadi anggota Mensa UK termuda

Jan 20, 2020 | 05:59 PM

SEORANG budak lelaki berusia tiga tahun dari Malaysia kini merupakan anggota termuda Mensa atau masyarakat IQ tinggi antarabangsa.

Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim, yang menetap di United Kingdom bersama kedua orang tuanya diterima masuk ke Mensa UK setelah mendapat markah 142 dalam ujian Stanford Binet, penilaian keupayaan kognitif yang digunakan untuk mengukur tahap kecerdasan IQ.

Nilai tersebut meletakkannya dalam 0.3 peratus tertinggi penduduk, menurut laporan Metro UK.

Ibu bapanya, Cik Nur Anira Asyikin dan Encik Mohd Hilmy Naim, kedua-duanya mempunyai latar belakang kejuruteraan, tidak pernah menyangka anak mereka sebijak itu.

Mereka mula mengesan kelebihan Haryz ketika anak tunggal mereka itu boleh membaca buku seawal 2 tahun.

Menurut Cik Anira, 30 tahun, Haryz yang dilahirkan di UK, sangat gemar membaca buku dan tidak akan tidur sebelum menghabiskan sekurang-kurangnya dua buah buku.

Beliau dan suami, 31 tahun, yang masing-masing berasal dari Johor dan Terengganu mula menetap di UK sejak 2015, lapor Sinar Harian.

Artikel Terkini