Budak 'nakal' hilang hampir seminggu dalam hutan di Jepun ditemui
Jun 04, 2016 | 05:30 AM
HASEGAWA (Tokyo): Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang hilang selepas ditinggalkan orang tuanya di hutan berberuang hampir seminggu lalu telah ditemui dan diserahkan kepada keluarganya, kata penguasa negara itu.
Kanak-kanak bernama Yamato Tanooka itu ditemui di sebuah pangkalan tentera dalam keadaan sihat, tetapi kelaparan.