Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Budak parah jatuh buaian berpusing di Perak

Sep 24, 2019 | 02:10 PM



PERAK - Seorang budak perempuan parah selepas terjatuh daripada buaian berpusing di sebuah tapak pesta ria di Hutan Melintang pada malam Ahad (22 September).



Dalam kejadian pada 9.30 malam itu, mangsa, Chow Lee Ying, empat tahun, patah kaki kanan selain cedera pergelangan tangan serta luka di muka akibat terjatuh dari ketinggian lima meter.



Bapa saudara mangsa, Encik Tan Kwan Yong, 26 tahun, berkata ketika kejadian anak saudaranya itu bersama ibu bapanya ke pesta ria berkenaan dan ingin menaiki buaian itu bersama.



“Anak saudara saya naik dulu buaian itu dahulu, namun sebelum sempat ibu bapanya naik sama, buaian berkenaan sudah bergerak membuatkan mereka menjerit meminta ia dihentikan.



“Buaian itu terhenti dengan keadaan anak saudara saya sudah berada di separuh pusingan buaian terbabit dan sebelum sempat diturunkan, mangsa terjatuh,” katanya ketika ditemui wartawan MyMetro di Hospital Teluk Intan, pada Isnin (23 September).



Menurutnya, ada beberapa pengunjung melihat kejadian cuba membantu dengan menyambut anak saudaranya sebaik terjatuh, namun tidak berjaya dan mangsa jatuh ke atas tanah.



MyMetro difahamkan laporan polis telah dibuat oleh penduduk setempat berhubung kejadian itu, yang mendakwa banyak permainan di pesta ria berkenaan tidak selamat digunakan. - Harian Metro.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >