IPOH: Premis perniagaan makanan yang tiada sijil halal dan menggunakan istilah 'Bufet Ramadan' boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta ($360,000) di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Takrifan Halal), kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak Datuk Mohd Nizar Zakaria.
Sehubungan itu, katanya pengusaha premis makanan diingatkan agar mendapatkan sijil halal dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) jika mahu menggunakan istilah 'Bufet Ramadan' untuk promosi juadah berbuka puasa.