PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA: CATATAN WARTAWAN

Bukti ketokohan Mahathir dalam catur politik

DARI SHAH ALAM, SELANGOR: PERJALANAN pilihan raya umum ke-14 Malaysia bukan sahaja penuh drama, malah amat mendebarkan sehingga teman yang sedia berkongsi "kisah dalam kelambu" Pakatan Harapan berkata "aku nak tidurlah, daripada kena serangan jantung", semasa perbualan kami pada 2 pagi kelmarin - sewaktu kiraan undi masih berlangsung dan keputusan rasmi begitu lambat diumumkan.

Jangkaan bahawa drama akan berakhir pada 3 pagi setelah Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau akan ke Istana Negara pada 10 pagi itu bagi menghadap Yang Dipertuan Agong dan mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri ke-7 Malaysia ternyata meleset.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan