Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bumbung cair, jalan raya menggelembung akibat gelombang haba di China

Jul 12, 2022 | 05:17 PM



BEIJING: Puluhan bandar di China berada dalam cuaca panas melampau sehingga menyebabkan bumbung bangunan mencair dan jalan raya menggelembung, memaksa penduduknya berteduh di tempat perlindungan bawah tanah.


Setakat jam 11 pagi tadi, 68 bandar termasuk Shanghai dan berhampiran Nanjing, mengeluarkan amaran merah - tertinggi dalam sistem amaran gelombang haba tiga peringkat - meramalkan suhu melebihi 40 darjah Celsius bagi tempoh 24 jam akan datang.


Shanghai yang masih memerangi penularan sporadik Covid-19, memberi amaran kepada 25 juta penduduknya supaya bersedia menghadapi cuaca panas minggu ini.

 



Sementara itu, China berdepan musim panas berbeza tahun ini, dengan gelombang panas dan hujan lebat silih berganti sehingga mengakibatkan bencana di seluruh negara.


Pihak berkuasa yang memetik perubahan iklim, memberi amaran mengenai potensi bencana cuaca bermula pertengahan Julai, di mana kebiasaannya adalah musim paling panas dan basah dalam setahun.


Di sebuah bandar di selatan wilayah Jiangxi, sebahagian jalan melengkung sekurang-kurangnya 15 sentimeter akibat panas.


Nanjing, satu daripada tiga 'relau' China yang terkenal dengan musim panas melampau, membuka tempat perlindungan bawah tanahnya kepada penduduk sejak Ahad lalu.


Bandar itu mengeluarkan amaran merah hari ini, manakala di Chongqing selaku 'relau' kedua menyaksikan bumbung salah satu muzium mencair dan jubin bumbung tradisional Cinanya meletup apabila haba melarutkan tar di bawahnya.


Bandar itu turut mengeluarkan amaran merah, semalam. - Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >