SYDNEY: Satu bungkusan tuala tertera logo Malaysia Airlines (MAS) yang ditemui di pantai barat Australia, empat bulan selepas pesawat MH370 hilang, kemungkinan besar tidak ada kaitan dengan pesawat yang hilang itu, kata para penyiasat semalam.
Pada 8 Mac tahun lalu, pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang daripada skrin radar semasa terbang di Laut China Selatan kurang sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).