Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Butiran perjanjian, MOU yang dipersetujui PM Lee dan Presiden Joko Widodo

Jan 27, 2022 | 05:30 AM



DALAM Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia kelmarin, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong dan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo telah menyaksikan pemeteraian dan pertukaran tiga perjanjian serta pertukaran surat, yang berkuat kuasa pada masa yang sama.



Berikut ialah butiran pakatan ini serta lima perjanjian lain yang dimeterai kededua negara.



PERJANJIAN RANTAU MAKLUMAT PENERBANGAN



Singapura dan Indonesia telah bersetuju untuk menyelaraskan semula sempadan antara rantau maklumat penerbangan Jakarta (FIR) dan FIR Singapura. Indonesia akan mewakilkan kepada Singapura peruntukan perkhidmatan navigasi udara di bahagian ruang udara dalam FIR Jakarta yang diselaraskan semula.



Perjanjian itu akan terus berkuat kuasa selama 25 tahun dan boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama jika kededua pihak mendapati ia berfaedah untuk berbuat demikian. Perjanjian FIR mengambil kira peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan akan diserahkan untuk kelulusan ICAO mengikut prosedur yang dipersetujui.



PERJANJIAN EKSTRADISI



Singapura dan Indonesia akan membenarkan ekstradisi - penyerahan individu yang dikehendaki untuk jenayah di negara lain - untuk senarai lengkap kesalahan yang boleh dikenakan ekstradisi diliputi perjanjian itu. Mereka akan berbuat demikian menurut undang-undang kedua-dua negara dan tertakluk kepada perlindungan dan peruntukan yang diperlukan dalam perjanjian itu.Mereka juga boleh mengekstradisi individu yang dikehendaki untuk jenayah sejak 18 tahun lalu.



PERJANJIAN KERJASAMA PERTAHANAN 2007



Perjanjian Kerjasama Pertahanan (DCA) akan mengukuhkan hubungan strategik antara kededua agensi pertahanan, dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Pertahanan Nasional Indonesia (TNI), dengan meningkatkan kerjasama dan menggalakkan interaksi yang lebih erat antara kedua-dua tentera.Sebagai sebahagian daripada DCA, SAF akan terus menjalankan latihan dan latihan ketenteraan di kawasan latihan di Indonesia, dengan menghormati sepenuhnya kedaulatan Indonesia ke atas wilayahnya, termasuk perairan kepulauan dan wilayah serta ruang udaranya serta sejajar dengan Konvensyen PBB 1982 mengenai Undang-undang Laut.



DCA dan aturan pelaksanaannya di antara kedua-dua angkatan tentera untuk kawasan latihan ketenteraan di Indonesia akan terus berkuat kuasa selama 25 tahun.



MOU KERJASAMA KEWANGAN DAN EKONOMI



Memorandum persefahaman (MOU) mengenai kerjasama kewangan dan ekonomi merasmikan kerjasama yang telah lama terjalin dan pelbagai aspek antara kementerian kewangan kededua negara dalam bidang seperti kerjasama Kastam dan dasar fiskal. Ia juga membolehkan perkongsian masa depan dalam bidang baru seperti perkhidmatan kewangan, kewangan iklim dan ekonomi digital.



MOU PERKONGSIAN DUA HALA PEMBANGUNAN EKONOMI HIJAU DAN PEKELILING



MOU antara Kementerian Kemampanan dan Sekitaran Singapura dan Kementerian Perancangan Pembangunan Nasional Indonesia bertujuan mempromosikan peluang baharu bagi pertumbuhan hijau. Bidang kerjasama yang berpotensi termasuk pengoptimuman sumber dan kitar semula untuk menangani sisa elektronik, makanan dan pembungkusan serta projek sektor swasta yang berpotensi dan perkongsian kepakaran mengenai pengurusan sisa dan pembangunan ekonomi hijau.



MOU KERJASAMA TENAGA



MOU antara Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Singapura dan Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia akan menyaksikan kededua negara menubuhkan Kumpulan Kerja Tenaga Indonesia-Singapura. Ia akan menjadi wadah rasmi bagi pegawai untuk berbincang dan bekerjasama dalam bidang yang termasuk memudahkan perdagangan elektrik rentas sempadan, pembiayaan infrastruktur tenaga rendah karbon dan pembangunan teknologi baru seperti penggunaan dan penyimpanan hidrogen dan karbon.



ATURAN PERKONGSIAN MODAL INSAN



Perjanjian antara Kementerian Pendidikan Singapura dan Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia merasmikan pertukaran tetap antara pendidik dan belia, termasuk dalam bidang pendidikan vokasional.



Ia juga meluaskan peluang untuk pelajar Singapura dan Indonesia mengambil bahagian dalam pertukaran dan latihan amali bagi meningkatkan pemahaman mereka tentang negara masing-masing dan mempersiapkan mereka supaya dapat melibatkan diri dengan lebih baik di rantau ini.



MOU PENGUASA KEWANGAN SINGAPURA (MAS) DAN BANK INDONESIA



MOU itu mencerminkan minat bersama Indonesia dan Singapura untuk mendorong kerjasama dalam projek berkaitan dengan inovasi pembayaran, dan merasmikan kerjasama dalam lingkungan fungsi bank pusat dan kawal selia yang diperluaskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >