EKONOMI Afghanistan dikhuatiri merudum sedang pihak Taleban kini bersiap-siap membentuk pemerintahan baru negara itu selepas pengunduran Amerika Syarikat.
Biarpun pergerakan itu dijangka melantik pemimpin mereka, Haibatullah Akhundzada, menjadi ketua negara, sebagaimana dinyatakan kepada agensi berita Reuters pada bulan lalu, namun, kuasa pemerintahan akan diputuskan oleh Majlis Syura Rahbari - sejajar dengan teras kedudukan negara itu yang kini merubah namanya kembali kepada Amiriah Islam Afghanistan - yang digunakan dalam pemerintahan Taleban sebelum ini.