WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat berkata, kes cacar monyet yang dikesan pada masa ini tidak semestinya menunjukkan simptom biasa dan ia menjadikan penyakit itu lebih sukar untuk dikesan.

Ketua CDC, Rochelle Walensky, menegaskan bahawa adalah penting bagi mengenal pasti kes jangkitan virus itu dengan tepat dan pantas bagi membendung penularan penyakit itu, selain turut menggesa pegawai perubatan dan orang ramai meningkatkan kewaspadaan.

"Kita melihat jangkitan cacar monyet yang ringan dan kadang-kadang ia hanya berlaku di beberapa bahagian di badan dan ia berbeza dengan yang dilihat di negara endemik di wilayah Afrika Tengah dan Barat.

"Ini mencetuskan kebimbangan bahawa sesetengah kes mungkin tidak dikenali atau tidak didiagnosis," katanya.

Biasanya penyakit itu tidak selalu menunjukkan simptom seperti selesema, demam, sakit badan dan kelenjar bengkak manakala ruam pula biasanya di seluruh badan dan dalam banyak kes, ia terhad kepada kawasan tertentu. - AFP.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti