Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Calon bebas mahu bendung keangkuhan politik

Sep 26, 2018 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Calon bebas bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson, Encik Stevie Chan Keng Leong, menegaskan beliau menawarkan diri untuk bertanding kerana mahu membendung keangkuhan politik.



Katanya, disebabkan keangkuhan seorang pemimpin, rakyat terpaksa berdepan Pilihan Raya Kecil dan budaya keangkuhan politik itu jika tidak dibendung akan membawa negara ke arah jalan yang menyeleweng seperti sebelum ini.



Justeru, beliau berharap orang ramai dapat melihat masalah sebenar 'Langkah PD' itu dan sama-sama meruntuhkan elitisme politik serta cara mereka yang bongkak.



"Pada 9 Mei lalu, rakyat Malaysia meraih harapan untuk demokrasi, namun tidak sampai empat bulan, harapan itu bakal dipijak-pijak oleh mereka yang mabuk kuasa.



"Namun saya yakin, etika dan nilai rakyat Parlimen Port Dickson tidak akan dapat menerima kemunduran berkenaan," katanya menerusi kenyataan semalam.



Personaliti media sosial berusia 51 tahun itu berkata beliau bukan hendak tunjuk lagak atau ingin terkenal, sebaliknya mahu menolak budaya politik lama.



Encik Leong berkata beliau juga tidak pernah berada di bawah naungan mana-mana kumpulan berkepentingan atau parti politik tertentu, sebaliknya menjadi calon yang benar-benar bebas.



Katanya, beliau sentiasa lantang menentang rasuah, nepotisme, penyalahgunaan kuasa, kesombongan politik dan akan terus membantah kuasa politik terdahulu (Umno dan Barisan Nasional).



"Walaupun ada yang mempertikai, saya masih Stevie Chan yang sama, yang masih lantang dan jujur di Twitter. Namun sekarang, saya perlu berubah mengikut perkembangan semasa.



"Saya tidak bertuankan sesiapa kecuali rakyat dan marilah bersama-sama kita menolak politik lama dan keangkuhan politik," katanya.



Encik Leong berkata selepas mengumumkan mahu bertanding, beliau dimaklumkan bahawa ada pihak yang mempersoalkan pendiriannya terhadap pelbagai isu termasuk pendapat dalam talian sebelum ini.



Katanya, beliau mengambil keputusan memadam semuanya dan memulakan kempen Pilihan Raya Kecil dengan buku baharu berikutan pandangan terdahulu tidak seharusnya membelenggu kempen berkenaan.



"Saya dikritik kerana kelakuan dan kepercayaan yang dianggap tidak konsisten selain digelar ejen sesetengah parti politik, seorang yang anti Islam dan macam-macam lagi.



"Semua pendapat peribadi mengenai semua isu kebanyakannya kekal sama sejak dahulu tetapi hakikatnya, pandangan peribadi dan pendapat yang mewakili kebaikan umum tidak mungkin akan sentiasa selari.



"Ia bukan mudah, namun itulah kelebihannya berbanding pihak lawan yang harus mempertimbangkan posisi parti, posisi pakatan mereka, posisi penaja dan barulah pandangan peribadi serta pendapat rakyat," katanya.



Encik Leong berkata beliau tetap akan berdiri teguh meskipun sedar bakal berdepan lawan kuat dan disokong penuh oleh parti politik yang sudah bertapak sekian lama.



Apapun, beliau mengharapkan pengundi Parlimen Port Dickson akan mengetepikan kekurangan dirinya dan melihat ancaman lebih besar 'Langkah PD' pada Pilihan Raya Kecil, 13 Oktober depan.



"Saya ketepikan segala-galanya untuk melawan elitisme politik," katanya yang berjanji akan mengeluarkan manifesto untuk Pilihan Raya Kecil itu tidak lama lagi. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >