Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

RENCANA

Calon-calon vaksin pilihan Singapura

Percubaan klinikal dapati vaksin Moderna 95% berkesan
Dec 17, 2020 | 05:30 AM



Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapannya kepada negara pada Isnin lalu berkata bahawa pihak berkuasa sudah meluluskan penggunaan vaksin. Lebih $1 bilion telah diperuntukkan pemerintah Singapura untuk menandatangani perjanjian pembelian awal dan membuat bayaran pendahuluan awal bagi calon vaksin yang paling diyakini, termasuk dengan Moderna, Pfizer-BioNTech dan Sinovac. BERITA HARIAN meninjau calon-calon vaksin yang dipilih Singapura ini.




LONDON: Vaksin Moderna dijangka tidak memberikan kesan sampingan besar kepada pengguna.



Professor Perubatan dan Kesihatan Awam, Universiti Yale, Profesor Dr Frederick L. Altice, berkata ujian ke atas 30,000 hingga 40,000 pesakit mendapati mereka tidak menunjukkan kesan sampingan yang teruk terhadap vaksin.



Moderna, yang dihasilkan syarikat dari Amerika Syarikat (AS), terbukti 95 peratus berkesan dalam percubaan klinikal dan diberikan dua dos sekali gus.



Vaksin itu dikembangkan bersama Universiti Oxford dan AstraZeneca.



Firma bioteknologi Amerika Syarikat, Moderna, berkata ia telah melaksanakan ujian peringkat akhir vaksin Covid-19 pada 27 Julai lalu.



Menurut laman sesawang Moderna, clinicaltrials.gov, kajian berkenaan telah berterusan sehingga 27 Oktober lalu.



Sebelum itu, vaksinnya menunjukkan tindak balas yang kuat bagi mencegah Covid-19 dalam ujian pada hidung dan paru-paru monyet.



Jurnal Perubatan New Zealand melaporkan, keberkesanan mencegah virus dengan menguji sampel itu pada hidung dianggap sangat penting sebagai langkah mencegah penyebaran virus antara manusia.



Ujian Fasa Ketiga ke atas manusia pula telah merekrut 30,000 peserta di AS dengan separuh daripada mereka diberi dos vaksin 100 mikrogram (mg) manakala bakinya diberi 'placebo' (tidak mengandungi bahan aktif untuk memberi kesan kesihatan).



Sebahagian daripada mereka menerima dua dos vaksin dalam tempoh empat minggu manakala sebahagian lagi sukarelawan diberi bahan tidak aktif.



Dalam ujian itu, vaksin yang diuji didapati 94.5 peratus berkesan untuk mencegah penularan virus Covid-19.



Memetik laporan AFP, ia bertujuan membuktikan sama ada vaksin berkenaan selamat dan boleh mencegah jangkitan Covid-19 atau boleh mencegah gejala atau simptom sekiranya seseorang itu sudah dijangkiti virus berkenaan.



Jika pesakit sudah menunjukkan gejala, vaksin itu masih boleh dianggap berjaya sekiranya mampu menghentikan kes Covid-19 menjadi bertambah buruk.



Pengumuman itu dibuat selepas New England Journal of Medicine menerbitkan hasil ujian peringkat pertama vaksin yang dibangunkan Moderna, yang menunjukkan kesemua 45 peserta ujian menghasilkan antibodi melawan virus itu.



Daripada 30,000 peserta, hanya lima dijangkiti Covid-19 selepas menerima dua dos yang diberikan selang dua minggu.



Analisis keputusan ujian dibuat berdasarkan 95 sukarelawan pertama yang mempunyai gejala penyakit Covid-19. Gejala-gejala ini tidak muncul pada lima orang yang menerima vaksin, tetapi muncul pada 90 orang yang disuntik bahan tidak aktif.



"Keputusan positif analisis interim menerusi kajian Fasa 3 ini adalah pengesahan klinikal bahawa vaksin kami boleh mencegah Covid-19, termasuk keadaan yang serius," kata Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel, sebelum ini.



Syarikat itu mengatakan bahawa kadar perlindungan yang diberikan oleh vaksin adalah 94.5 peratus.



Namun, berdasarkan kajian itu, mereka belum dapat memastikan sama ada vaksin baru dapat mencegah penyebaran virus atau hanya melindungi mereka yang menggunakannya daripada mendapat penyakit tersebut.



Sungguhpun tahap keberkesanan vaksin ini tinggi, data masih belum mencukupi untuk melihat berapa lamakah ia akan berkesan untuk mengelakkan jangkitan selepas beberapa bulan menerima suntikan.



Kajian Real-time Assessment of Community Transmission (REACT) oleh Imperial College sebelum ini mendapati antibodi Covid-19 akan berkurangan dalam tubuh selepas beberapa bulan.



Moderna dilaporkan akan menghasilkan antara 500 juta hingga 1 bilion dos vaksin mRNA-1273 mereka sepanjang 2021.



Sebagai syarikat yang berpangkalan di AS, negara tersebut akan menjadi penerima awal 20 juta dos sebelum penghujung 2021.



Kelebihan vaksin Moderna ini ialah ia boleh disimpan di dalam peti sejuk biasa sehingga 30 hari atau sehingga enam bulan sekiranya disimpan pada suhu -20C.



Ini memudahkan ia dihantar ke destinasi yang memerlukan berbanding -70C yang diperlukan oleh vaksin Pfizer.



Moderna menjangkakan vaksin yang diberikan secara dua dos suntikan dalam tempoh selang 28 hari itu berada dalam keadaan stabil pada suhu standard peti sejuk 2 hingga 8 darjah Celsius untuk tempoh selama 30 hari dan boleh disimpan sehingga enam bulan pada suhu -20 darjah Celsius. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >