Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Calon kontroversial Rodrigo Duterte menang besar pilihan raya presiden Filipina

May 10, 2016 | 09:41 AM



MANILA: Calon antigolongan berkuasa, Encik Rodrigo Duterte, menang besar dalam pilihan raya presiden Filipina, menurut kiraan pelbagai pertubuhan.



Encik Duterte, datuk bandar lama bandar selatan Davao, memukau berjuta-juta pengundi dengan janjinya akan menyelesaikan dengan kejam tetapi cepat jenayah dan kemiskinan yang mencekam negara itu, yang ramai percaya semakin buruk walaupun pertumbuhan ekonomi kukuh pada tahun-tahun kebelakangan.



Dengan hampir 90 peratus undi telah dikira sehingga 8 pagi Selasa (10 Mei), beliau meraih, kira-kira 15 juta undi, dengan kelebihan hampir enam juta undi, yang tidak dapat diatasi, daripada pencabar terdekatnya, calon pentadbiran Mar Roxas, menurut GMA New Online.



Jumlah pengundi yang keluar mengundi merupakan satu rekod 81.62 peratus daripada 54 juta pengundi yang layak, lebih daripada purata 75 peratus pada pilihan raya sebelumnya.



"Dengan rendah hati, sangat rendah hati, saya terima ini, mandat daripada rakyat," kata Encik Duterte, 71 tahun, pada awal pagi Selasa sedang keputusan diterima.



"Apa yang saya boleh janji kepada anda ialah saya akan melakukan yang terbaik bukan pada masa saya sedar sahaja, bahkan dalam tidur."



Senator Grace Poe, anak angkat bintang-bintang filem, mendapat 8.4 juta undi tetapi telah mengaku kalah selepas tengah malam.



"Saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Bandar Rodrigo Duterte dan mengikrar sokongan saya dalam usaha menyembuhkan tanah air kita dan menyatukan rakyat kita ke arah pembangunan berterusan negara kita."



Encik Duterte, yang suka berkelahi, melonjak daripada orang luar ke puncak tinjauan dengan penuh sumpah serapah akan membunuh puluhan ribu penjenayah, mengancam menubuhkan pemerintahan diktator jika penggubal undang-undang menderhaka kepada beliau dan berjanji akan menerima pemberontak komunis.



Beliau juga bercakap berulang kali mengenai hubungannya dengan wanita, yang bercirikan Viagra, dengan berjanji kepada pengundi bahawa perempuan-perempuan simpanannya tidak akan menelan belanja yang tinggi kerana beliau meletak mereka di rumah tumpangan murah dan membawa mereka ke hotel penginapan wakti pendek untuk seks.



Encik Duterte menjijikan lagi kalangan diplomatik antarabangsa dengan jenakanya bahawa beliau mahu merogol seorang mubaligh "cantik" Australia yang terbunuh dalam rusuhan Filipina penjara pada 1989, dan dengan menggelar paus "anak pelacur".



Naib Presiden Jejomar Binay, pilihan awal pilihan raya itu, berada jauh di tempat keempat, menurut tinjauan, selepas runtuh di bawah dakwaan rasuah.



Dalam satu adegan kecil menarik, anak lelaki bekas diktator Marcos, yang namanya sama seperti bapanya, Ferdinand Marcos Jr., sedang bersaing dengan ahli kongres progolongan miskin, Cik Leni Robredo, bagi jawatan naib presiden.



Keputusan terkini pada 8 pagi Selasa menunjukkan Cik Robredo mendahului Encik Marcos Jr dengan kelebihan hanya 100,000 undi. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >