Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR

Calon manfaatkan 'masa tambahan' bagi pergiat kempen, sertai pelbagai acara menarik

Mar 11, 2022 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Calon-calon yang ikut bertanding dalam pilihan raya negeri Johor mengambil kesempatan sepenuhnya masa tambahan berkempen yang diperpanjang dan menggunakan pelbagai strategi sebelum tempoh berkempen tamat pada tengah malam ini.



Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) telah mengubah prosedur operasi standard (SOP) bagi pilihan raya negeri Johor, membenarkan ceramah, pidato dan berkempen sehingga tengah malam yang sebelum ini hanya dibataskan hingga jam 10 malam.



Calon Perikatan Nasional (PN), Encik Ahmad Nawfal Mahfodz, yang bertanding bagi merebut kerusi Parit Yaani, telah menganjur dan menyertai pertandingan futsal yang berlangsung lewat malam kerana orang-orang muda senang dengan kegiatan itu pada masa santai mereka di sebelah malam.



Selain berkempen dengan berkunjung dari rumah ke rumah, program yang melibatkan kegiatan-kegiatan seperti futsal memberi peluang kepada beliau mendekati masyarakat untuk memahami akan keperluan dan masalah-masalah mereka.



"Berkempen hingga lewat malam ini adalah suatu kelebihan bagi mereka yang ikut bertanding, memberi kami masa tambahan untuk bertemu lebih ramai pengundi," kata Ketua Pemuda PN Johor yang berusia 38 tahun, kepada agensi berita setempat.



Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, berkata parti-parti politik kini mempunyai masa berkempen yang lebih panjang setelah EC membenarkan tempoh berkempen dilanjutkan hingga tengah malam setiap hari.



"Biasanya para pengundi mempunyai lebih banyak masa lapang pada waktu malam kerana mereka bekerja pada siang hari. Parti-parti politik yang bertanding perlu lebih kreatif bagi menggunakan kesempatan sepenuhnya dalam masa berkempen dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan program," ujar beliau.



Bagaimanapun, pensyarah kanan Universiti Putra Malaysia (UPM) di Fakulti Ekologi Kemanusiaan itu berkata, kempen dari rumah ke rumah atau dengan menatap muka masih lagi merupakan kaedah terbaik untuk memancing undi.



"Ini lebih berkesan kerana dapat berhubungan langsung. Kaedah tradisional ini masih relevan kerana para pengundi dapat mengenali calon-calon yang bertanding dengan lebih baik apabila bersemuka," kata beliau lagi.



Calon Barisan Nasional (BN), Encik Pandak Ahmad, yang bertanding bagi merebut kerusi Kota Iskandar, menggunakan kesempatan itu untuk mendekati orang-orang muda pada malam hari dengan mengadakan rancangan sukan elektronik (e-sukan) seperti pertandingan Player Unknown's Battlegrounds (PUBG).



Beliau, yang juga selaku presiden Persekutuan Handball Malaysia (MAHF), berkata walaupun (aktiviti) ini pernah dianjurkan semasa pilihan raya negeri, ia boleh menjadi wadah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam e-sukan dan membawa mereka melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.



Pilihan raya negeri Johor akan diadakan esok, Sabtu, 12 Mac, melibatkan 239 calon yang akan bertanding bagi merebut 56 kerusi dewan undangan negeri.



Sejumlah 2,597,742 pengundi layak mengundi dalam pilihan raya negeri Johor kali ini. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >