Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Cameron: Britain akan keluar EU jika permintaannya bagi reformasi tidak dipenuhi

Nov 11, 2015 | 01:01 PM



LONDON: Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, memberi amaran Britain mungkin meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) jika ia tidak mendapat reformasi yang ia mahu sebelum satu pungutan suara bagi menyelesaikan hubungannya dengan Eropah yang bermasalah.


Dalam satu ucapan utama yang menggariskan permintaan Britain bagi reformasi ekoran tekanan daripada pemimpin EU, Encik Cameron memberi amaran pada Selasa (10 Nov) beliau bersedia "memikirkan semula" keanggotaan Britain jika beliau tidak dapat memuktamadkan satu perjanjian dengan Brussels dan 27 negara anggota lain blok itu.


Bagaimanapun, Suruhanjaya Eropah segera menjawab ia menganggap sebahagian daripada permintaan Encik Cameron "amat bermasalah".


Kenyataan Encik Cameron dibuat sedang beliau menghantar surat yang lama ditunggu-tunggu kepada presiden EU, Encik Donald Tusk, menyenaraikan reformasi yang dikehendaki Britain demi mengelakkan "Brexit" (singkatan 'British exit' yang merujuk kepada kemungkinan Britain keluar daripada EU) dalam pungutan suara yang akan diadakan selewat-lewatnya pada 2017.


Permintaan Encik Cameron dalam surat itu termasuk jaminan mengikat bahawa 19 anggota EU yang menggunakan mata wang euro tidak akan bersatu dan memaksa ke atas Britain keputusan yang menjejas ekonominya.


Beliau juga mahu mengurangkan penghijrahan dari EU ke Britain dengan menarik balik hak kebebasan bergerak bagi warga anggota baru EU sehingga ekonomi mereka "hampir sama" dengan ekonomi anggota sedia ada.


Jurucakap Suruhanjaya Eropah, Cik Margaritis Schinas, berkata ada reformasi itu boleh dilaksana tetapi ada "amat bermasalah" kerana ia menyentuh kebebasan asas EU.


Canselor Jerman, Cik Angela Merkel, berkata beliau "cukup yakin" perjanjian dengan Britain boleh dicapai bagi mengelakkan kemungkinan ia meninggalkan EU. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >