Topik diikuti
Pergi ke BHkuCanselor baru Austria pemimpin termuda di Eropah
Sebastian Kurz dijangka pimpin pakatan pemerintah, berusia 31 tahun

JANJIKAN PERUBAHAN: Encik Sebastian Kurz, Menteri Luar Austria yang juga pemimpin Parti Rakyat (OeVP), melambai kepada penyokongnya selepas kemenangannya dalam pilihan raya umum negara itu kelmarin. - Foto AFP
Oct 17, 2017 | 5:30 AM
Canselor baru Austria pemimpin termuda di Eropah
VIENNA: Calon politik Austria, Encik Sebastian Kurz, bakal menjadi Canselor baru dan muncul sebagai pemimpin termuda Eropah selepas parti pimpinannya memenangi pilihan raya umum negara itu.
Encik Kurz dijangka memimpin pemerintah pakatan berhaluan nasionalis dengan sokongan terbaik sejak 20 tahun lalu.