Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Carian MH370 akan berakhir dalam 2 minggu: Malaysia

Jan 06, 2017 | 03:20 PM



KUALA LUMPUR: Pencarian pesawat MH370 akan berakhir dalam masa dua minggu, kata Menteri Pengangkutan Malaysia pada Jumaat (6 Jan), sedang saudara-mara penumpang menuntut pihak berkuasa meneruskannya.



"Kami berada di pusingan akhir dalam tempoh dua minggu ini," kata Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada wartawan. "Kami berharap kami boleh menemui pesawat itu."



Beliau tidak menentukan tarikh tetapi berkata mesyuarat tiga pihak akan diadakan selepas laporan akhir dikeluarkan apabila pencarian di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi itu berakhir.



Pihak berkuasa sebelum ini berkata pencarian akan berakhir awal tahun ini. Kapal carian terakhir memulakan pencarian terakhir di Lautan Hindi bulan lalu.



Pesawat Malaysia Airlines itu hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.



Ia dipercayai terhempas di Lautan Hindi, tetapi carian meluas di luar pantai barat Australia gagal menemui malah sekeping serpihan.



Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), yang mengetuai misi pencarian, berkata dalam satu laporan bulan lalu jet Boeing itu hampir pasti tidak berada di kawasan carian sekarang dan mungkin berada lebih ke utara.



Laporan itu berdasarkan semakan keterangan oleh pakar Australia dan antarabangsa.



Australia berkata sebelum ini ia tidak melihat dapatan laporan itu sebagai boleh dipercayai.



"Kita tidak boleh bergantung hanya pada andaian. Kita perlu petunjuk yang boleh dipercayai untuk mencari pesawat itu," kata Datuk Seri Liow ketika ditanya mengenai kemungkinan carian dilakukan di utara.



Dalam satu kenyataan Khamis lalu, kumpulan waris antarabangsa mangsa MH370, Voice 370, menggesa Malaysia, Australia dan China menimbangkan langkah seterusnya sebelum carian semasa berakhir. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >