Carrie Lam janji tangani isu perumahan, kebajikan awam

Selain isu rang undang-undang ekstradisi, penduduk muda marah mengenai kos perumahan yang begitu tinggi

HONGKONG: Ketua Eksekutif Hongkong, Cik Carrie Lam, telah berjanji untuk memberi keutamaan kepada perumahan dan kebajikan awam dalam usaha untuk memadamkan gelombang rasa tidak puas hati di kalangan rakyat sejak beberapa bulan lalu.

Dalam satu catatan di akaun Facebooknya semalam, beliau berkata pemerintah tempatan akan meningkatkan bekalan rumah dan melancarkan beberapa dasar sokongan.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun