Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS catat kes Covid-19 tertinggi, atasi China, Italy

Mar 27, 2020 | 09:19 AM



NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kes COVID-19 yang tertinggi di dunia, mengatasi China dan Italy.

Demikian menurut maklumat yang dikumpulkan oleh Universiti John Hopkins University dan The New York Times.

Menurut universiti itu, AS kini mempunyai 82,404 kes, manakala Times berkata terdapat sekurang-kurangnya 81,321 orang yang diuji positif untuk Covid-19.

Italy merekodkan 80,539 kes pada Khamis, manakala China 81,285 kes.

Hospital di AS dilaporkan semakin kritikal dalam menangani pesakit Covid-19 dan 40 peratus rakyat AS kini berada dalam perintah berkurung bagi membendung penyebaran wabak berkenaan.

Sekurang-kurangnya 1,178 orang maut akibat Covid-19 di AS, menurut universiti itu, termasuk 100 di New York.

Ketika kematian masih tinggi di tempat lain, pakar mengatakan angka baharu jangkitan menunjukkan ramai lagi rakyat negara itu akan mati.

Jumlah sebenar kes mungkin jauh lebih tinggi daripada angka rasmi akibat kekurangan kit ujian.

Kiraan rasmi untuk jumlah kes COVID-19 di AS diperoleh daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), yang didakwa tidak selari dengan data sebenar.

Pada petang Khamis, CDC menyenaraikan 68,440 kes. - AFP



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >