CCTV rakam imej lebih jelas wanita disyaki bunuh Kim Jong Nam, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

CCTV rakam imej lebih jelas wanita disyaki bunuh Kim Jong Nam

Feb 15, 2017 | 03:18 PM

PETALING JAYA: Kamera CCTV di Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) merakamkan imej lebih jelas seorang wanita yang dipercayai salah seorang daripada dua wanita yang membunuh Encik Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un.

Imej tersebut zum pada perawakan pembunuh yang disyaki itu, yang menggambarkan orangnya pertengahan umur dan daripada keturunan Asia.

Dalam imej itu, dia dilihat memakai baju dengan perkataan 'LOL' dalam huruf besar dan skirt pendek biru, dengan tangan kanannya diletak di atas sebuah beg tangan sandang kecil.

Imej CCTV yang disebar dalam talian sebelum ini menunjukkan gambar seorang wanita yang dipercayai orang sama tetapi diambil dari jarak lebih jauh dan sudut berbeza.

Encik Jong Nam, 45 tahun, meninggal dunia selepas diserang di KLIA2 pada Isnin (13 Feb), dipercayai oleh dua ejen wanita yang menyimbah mukanya dengan bahan kimia di dewan perlepasan pada kira-kira 9 pagi.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Dua wanita itu kemudian menaiki teksi dan melarikan diri.

Dipercayai bahawa Encik Jong Nam tiba di Malaysia dari Macau pada 6 Feb dan sedang hendak pulang ke sana apabila diserang. -The Star/Asia News Network

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map