Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

CDC AS: Individu divaksin boleh jalani kehidupan biasa

Mar 10, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Individu yang telah mendapat suntikan vaksin Covid-19 boleh berkumpul tanpa memakai pelitup dalam kumpulan kecil bersama orang lain yang sudah disuntik.



Namun, mereka harus tetap memakai pelitup di luar rumah, ujar Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat kelmarin.



Pengarah CDC Rochelle Walensky berkata dalam satu taklimat bahawa garis pandu terbaru agensi itu bagi orang yang sudah disuntik, menyatakan bahawa golongan ini juga boleh menziarahi orang-orang yang belum mendapat suntikan dan berisiko rendah dijangkiti - yang tinggal di rumah lain - tanpa memakai pelitup.



CDC menasihatkan mereka yang telah disuntik untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengelak perhimpunan sederhana dan besar, memakai pelitup bila melawat mereka yang belum disuntik yang tinggal di rumah lain, dan memakai pelitup bila bersama mereka yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.



"Amat penting untuk kita sedar… lebih 90 peratus penduduk masih belum disuntik, dan itu merupakan tanggungjawab kita untuk memastikan, dalam konteks 60,000 kes baru setiap hari, kita lindungi mereka yang belum mendapat vaksin dan yang mudah berjangkit," ujar Walensky.



Garis pandu kesihatan awam menetapkan cara bagi mereka yang telah disuntik untuk menjalani kegiatan normal dengan selamat dan berhubung dengan mereka yang bukan dari rumah yang sama walaupun pandemik koronavirus masih menular.



Kenyataan ini dikeluarkan sedang 30 juta penduduk, atau 9.2 peratus daripada penduduk Amerika Syarikat, yang telah disuntik sepenuhnya dengan vaksin Covid-19 dari Pfizer-BioNTech, Moderna dan Johnson & Johnson, menurut laporan data CDC.



Hampir 18 peratus penduduk Amerika, atau 58.9 juta orang dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.



Vaksin Covid-19 yang diluluskan buat masa ini mencegah orang daripada jatuh sakit, namun tidak semestinya daripada mendapat jangkitan tersebut. Data yang menunjukkan adakah orang yang telah mendapat suntikan vaksin mampu menyebarkan virus itu kepada mereka yang tidak dilindungi masih berkurangan.



CDC sebelum ini menyarankan agar orang ramai memakai pelitup muka pada setiap masa jika tidak boleh mengadakan jarak selamat enam kaki (1.83 meter) antara satu sama lain.



Bulan lalu, CDC menasihatkan individu yang telah mendapat vaksin dalam jangka masa tiga bulan boleh diberi kelonggaran untuk tidak menjalani kuarantin tanpa memakai pelitup selagi mana mereka tidak menunjukkan sebarang simptom Covid-19.



Sebahagian negeri sudah mula melonggarkan sekatan pandemik pada minggu yang mendatang, tidak mengendahkan nasihat pakar kesihatan awam, yang menyatakan bahawa langkah berjaga-jaga patut dikekalkan walaupun ramai yang sudah mendapat suntikan sedang kes semakin meningkat dan virus varian baru semakin berleluasa di kebanyakan daerah. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >