Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Cederakan polis di Melaka, dua lelaki S'pura didenda

Dec 21, 2016 | 05:49 PM



MELAKA - Dua warga Singapura telah didenda RM1,500 (S$484) setiap seorang oleh sebuah mahkamah di Melaka kerana mencederakan seorang anggota polis di negeri itu bulan lalu, lapor akhbar New Straits Times (NST) hari ini.



Kedua-dua lelaki itu, Othman Abdul Rashid, 41 tahun, dari Teban Garden Road dan Muhammad Hairul Hamdan, 38 tahun, dari Woodlands Drive dituduh mencederakan Korporal Mohamad Hazim Hassan, 36 tahun, sekitar 7.30 malam pada 19 Nov lalu, lapor akhbar itu.



Kedua-dua mereka dituduh melakukan kesalahan itu di belakang Imperial Heritage Hotel di Taman Melaka Raya.



Mereka telah dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah dan dituduh bersama-sama di bawah Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa kepada hukuman jel maksimum setahun atau didenda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan dengan kesalahan.



Kedua-dua lelaki berkenaan mengaku salah apabila tuduhan dibacakan ke atas mereka di Mahkamah Magistret di Melaka, hari ini.



Magistret Mohd Firdaus Saleh mengarahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda. - NST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >