Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

CEO Cathay Pacific letak jawatan

Aug 16, 2019 | 08:55 PM



SYARIKAT Penerbangan Cathay Pacific mengumumkan pengunduran diri mengejut Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Encik Rupert Hogg, hari ini (16 Ogos). 



Ini menjelang beberapa hari selepas syarikat penerbangan Hong Kong itu dikecam oleh Beijing kerana beberapa kakitangan syarikat tersebut telah menyokong bantahan pro-demokrasi di bandar itu.



Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Bursa Saham Hong Kong hari ini, Syarikat Cathay Pacific berkata Encik Hogg telah meletak jawatan sebagai CEO syarikat tersebut  "untuk memikul tanggungjawab selaku ketua syarikat tersebut, atas kejadian baru-baru ini".



Beliau telah digantikan oleh Encik Augustus Tang, seorang veteran konglomerat Swire Group, yang juga pemegang saham utama syarikat penerbangan itu.



Menurut Syarikat Cathay Pacific lagi, Encik Paul Loo juga telah meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Pelanggan dan Komersil syarikat itu, dan akan digantikan oleh Encik Ronald Lam, Ketua Hong Kong Express, sebuah subsidiari harga murah syarikat itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >