China ancam tidak keluarkan visa liputan bagi wartawan asing, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

SEKILAS

China ancam tidak keluarkan visa liputan bagi wartawan asing

Mar 03, 2020 | 05:30 AM

BEIJING: Pemerintah China mengancam untuk tidak mengeluarkan visa kepada wartawan ke negaranya sebagai senjata untuk menakut-nakutkan media asing, kata kumpulan akhbar semalam, berikutan pengusiran tiga wartawan bulan lalu.

Kelab Koresponden Luar Negara China (FCCC) berkata ia juga bimbang Beijing sedang bersiap untuk mengusir lebih ramai wartawan, dengan dua wartawan diberikan visa kerja hanya untuk tempoh sebulan. Sekurang-kurangnya 12 orang koresponden menerima pas kelayakan akhbar yang sah untuk tempoh enam bulan atau kurang.

Visa wartawan pemastautin, yang wajib bagi semua media asing yang berpangkalan di tanah besar China, biasanya dikeluarkan selama satu tahun. Sejak Presiden Xi Jinping berkuasa pada 2013, China telah memaksa sembilan wartawan asing, sama ada melalui pengusiran secara terang-terangan atau tanpa pembaharuan visa, kata FCCC.

Laporan itu juga mendapati majoriti wartawan yang ditinjau - 82 peratus - mengatakan mereka mengalami gangguan dan dikasari ketika membuat liputan di China sejak setahun lalu.

Beijing mengarahkan tiga wartawan dari The Wall Street Journal untuk meninggalkan negara akhir bulan lalu selepas mendapati sebuah rencana yang mempunyai tajuk yang dianggap rasis, sedangkan wartawan yang dihalau bukan penulis rencana tersebut.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Timbalan Ketua Biro, Encik Josh Chin dan wartawan Encik Chao Deng, seorang rakyat Amerika Syarikat serta wartawan, Encik Philip Wen, dari Australia diberikan lima hari untuk meninggalkan China.

Mereka telah melaporkan mengenai keadaan di Xinjiang dengan mengunjungi kem latihan paksa, pengawasan dan pendidikan semula bagi penduduk dan tahanannya. - Agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map