Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China, Asean akur lancar hotline dan terima pakai kod pertembungan di laut

Aug 17, 2016 | 11:30 AM



BEIJING: China dan Asean bersedia melancarkan satu hotline kecemasan dan mengamalkan kod pertembungan tidak dirancang di Laut China Selatan, bagi mengurus risiko selepas ketetapan antarabangsa menolok tuntutan wilayah Beijing di perairan itu.



Para pegawai kanan dari kedua-dua pihak berkata pada Selasa (16 Ogos) mereka telah mencapai persetujuan mengenai satu set prinsip panduan bagi hotline kalangan diplomat kanan dan satu kenyataan bersama mengenai Kod bagi Pertembungan Tidak Dirancang (Cues), dalam mesyuarat mereka di Manzhouli City di Inner Mongolia.



Kedua-dua dokumen akan diserah kepada para pemimpin di Sidang Puncak China-Asean pada September untuk pengesahan mereka.



Dalam Mesyuarat Pegawai Kanan mengenai pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak di Laut China Selatan (DOC) ke-13, mereka juga bersetuju melengkapkan draf rangka kerja bagi Kod Tatalaku (COC) yang mengikat menjelang pertengahan tahun depan.



Ia kali pertama jadual pelaksanaan COC ditetapkan secara rasmi, menyusuli gesaan Menteri Luar China, Encik Wang Yi, pada mesyuarat Asean bulan lalu agar perbincangan dipercepat.



Dalam satu taklimat media, Naib Menteri Luar China, Encik Liu Zhenmin, berkata DOC tidak digunakan dengan berkesan untuk menyelesaikan pertikaian wilayah antara China, Filipina, Vietnam, Malaysia dan Brunei.



Setiausaha Tetap Kementerian Ehwal Luar Singapura, Encik Chee Wee Kiong, mempengerusikan bersama mesyuarat dua hari itu. Singapura penyelaras negara hubungan dialog Asean-China sejak tahun lepas dan akan memegang tugas itu hingga 2018.



Tiada butiran apakah Cues termasuk kapal pengawal pantai. China bersetuju meneroka cadangan Singapura bagi versi protokol tentera laut utama yang lebih luas semasa lawatan Menteri Luar Vivian Balakrishnan ke China pada Mac lalu.



Ramai mengharapkan COC mengikat secara sah dilaksana. Namun, perbincangan mengenainya bermula pada 2013 tetapi tidak banyak kemajuan dicapai, dilaporkan kerana China sengaja berlengah-lengah.



Bagaimanapun, Beijing kini memberi tumpuan pada DOC menyusuli ketetapan timbangtara antarabangsa pada 12 Julai yang menolak tuntutan wilayahnya di Laut China Selatan.



Tribunal Timbang Tara di The Hague berkata tuntutan China "tidak mempunyai asas undang-undang".



Ia juga memutuskan tiada satu pun daripada Kepulauan Spratly dianggap sebagai sebuah pulau di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut, lantas tidak layak mendapat zon ekonomi eksklusif 200 batu nautikanya sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >