China bantah keras tindakan tentera Indonesia tahan bot nelayan
Jun 21, 2016 | 05:30 AM
BEIJING: Kementerian Luar China menuduh tentera laut Indonesia melepaskan tembakan ke arah bot nelayan mereka dan mencederakan seorang serta tujuh lagi anak kapal ditahan.
Menurut kenyataan menerusi laman web kementerian itu, tentera laut Indonesia memintas dan menahan bot tersebut atas dakwaan menangkap ikan di perairan Indonesia secara terlarang.