PENULARAN VIRUS WUHAN
China benarkan WHO hantar pakar antarabangsa ke Wuhan
Jan 30, 2020 | 05:30 AM
GENEVA: China bersetuju membenarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menghantar pakar antarabangsa ke Wuhan secepat mungkin untuk lebih memahami koronavirus baru yang kini menular di bandar itu dan merata dunia.
Ini bagi membolehkan WHO memberi respons sejagat berkaitan virus itu, demikian menurut agensi di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu kelmarin.