BEIJING: China marah selepas menteri luar Kumpulan Tujuh (G-7) menegaskan mereka menentang provokasi China membabitkan pertikaian wilayah di Laut China Timur dan Laut China Selatan, semalam.
"Kami menggesa negara anggota G-7 supaya menghormati komitmen mereka dan tidak menyokong mana-mana pihak dalam isu membabitkan pertikaian wilayah," jelas satu kenyataan Kementerian Luar China.