DOLAR Singapura susut ke paras paling rendah dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat semalam ekoran langkah bank pusat China menurunkan nilai mata wang yuan untuk hari kedua berturut-turut.
Dolar Singapura jatuh hampir 1 peratus kepada 1.4150 bagi setiap dolar Amerika, paling lemah sejak Jun 2010.